FB

adf

adf.ly - shorten links and earn money!

randau ruai

Tuesday, November 18, 2008

Acara Pesta Nenas pada 6 Disember 2008


Acara Pesta Nenas pada 6 Disember 2008

Masa :
10.00 Pagi
Tempat :
Wharf JKR, Sarikei

Jenis-jenis acara yang dipertandingkan dan syarat-syarat pe
rtandingan.

1. Palu Bantal
Dipertandingkan untuk acara perseorangan

Syarat-syarat Pertandingan

- Sebiji bantal atau sejenis dengannya digunakan. - kedua-dua peserta duduk bersama di atas sebatang kayu dan beradu tenaga memukul pihak lawan masing-masing dengan sebiji bantal. - Peserta yang jatuh terlebih dahulu dari atas kayu di anggap kalah. - Berlawan tangan atau kaki tidak dibenarkan.

Hadiah

Johan : RM 100.00 Naib Johan : RM 80.00 Ketiga : RM 60.00


2. Tiang Licin

Dipertandingkan untuk acara perseorangan
Syarat-syarat Pertandingan

- Sebatang kayu yang disapu minyak pelicin digunakan. - Di atas puncak kayu tersebut tiang diletakkan bendera kecil. - Peserta memanjat dan memegang bendera kecil dan kemudiannya turun ke bawah. - Peserta yang berjaya dengan masa terpantas akan dikira sebagai pemenang. - Peserta hanya dibenarkan memakai seluar pendek, baju dan tidak dibenar kan memakai kasut.

Hadiah
Johan : RM 100.00 Naib Johan : RM 80.00 Ketiga : RM 60.00

3. Menangkap Itik

Dipertandingkan untuk acara perseorangan

Syarat-syarat Pertandingan

- Beberapa ekor itik disediakan dan kemudiannya dilepaskan sekaligus. - Menangkap itik dibenarkan dengan tangan sahaja samaada itik itu berada di atas air atau di atas tebingan sungai. - Memakai perahu, batu atau tali tidak dibenarkan. - Itik-itik yang ditangkap akan menjadi milik peserta.


4. Tiang Nyalong

Dipertandingkan untuk acara perseorangan

Syarat-syarat Pertandingan
- Sebatang tiang licin yang mendatar digunakan. - Dihuujng tiang licin diletakkan bendera. - Peserta dikehendaki meniti tiang itu sampai ke hujung dan memegang bendera tersebut dan meniti semula ke tempat permulaan. - Peserta yang jatuh ke dalam sungai dikira batal. - Peserta dengan masa terpantas akan dikira sebagai pemenang.
Hadiah

Johan : RM 100.00 Naib Johan : RM 80.00 Ketiga : RM 60.00


PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Borang penyertaan boleh di dapati di Pejabat Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Bahagian Sarikei. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 November 2008 (jumaat).

2 comments:

JoDiane said...

tu baru iya. anang irau nadai idea, gen. pajak ka dia meh. enti suntuk (idea), ngaga post nama happening ba skei baka ke gaga nuan tu tadi ;) peace, advance xmas & nu year!

p/s: ngau orang pekit nangkap itit nya aku ah, ada mau lawan? hahahah!

gen7 said...

nyak la umang..
ila ari 6 nama nn meda org ngena baju rimau kami meh nyak..
har har
kepai kami t bc mansa..
ambi gamba geng rimau..
gen7